L ♥ I's Stories

Nikmati Hidangan Berkonsepkan Oriental BBQ Bazaar & From The Land to  The Ocean di 

Evergreen Laurel Hotel Penang


Haii semua .. Okay kali nie Yana nak kongsikan lagi buffet yang sedang diadakan di Evergreen Laurel Hotel Penang bersempena bulan Julai ini .. Tema buffet pada kali ini ialah Oriental BBQ Bazaar dan From The Land to The Ocean .. Jom baca │Nikmati Hidangan Berkonsepkan Oriental BBQ Bazaar & From The Land to  The Ocean di Evergreen Laurel Hotel Penang



Okay , seperti  biasa Yana akan mencuba hampir kesemua makanan yang disediakan untuk memudahkan penceritaan Yana mengenai buffet yang Yana nak ajak anda semua cuba .. Alhamdulillah , semuanya menepati dengan selera Yana yang agak cerewet nie .. Sepertimana yang Yana bagitau awal-awal tadi tema buffet pada kali nie ada dua dan pada hari yang berbeza .. Pada hari Jumaat anda boleh menikmati hidangan yang berkonsepkan From The Land to The Ocean manakala pada hari Sabtu hidangan berkonsepkan Oriental BBQ Bazaar akan disajikan kepada pengunjung ..










MENU ♥

Konsep Menu : Kombinasi Makanan Laut dan BBQ Daging 
Gerai Aksi : menyediakan pelbagai makanan tempatan , makanan Barat , Italian dan makanan berkonsepkan Japanese ..

Sup : Dua jenis sup akan disajikan iaitu sup berkrim dan sup jernih






Salad dan Pembuka Selera :




Dessert on Pastry : Pilihan Chef & Hidangan free flow teh & kopi















Menu Hidangan Pada Hari Jumaat : Rib Eye Steak with Mushroom Sauce , Oyster Omellete , Ketam Masak Lemak , Kambing Kurma , Oxtail Assam Pedas , Chrizon (dengan leek / hollandaise sauce dan lain-lain)

Menu Hidangan Pada Hari Sabtu : Stesen BBQ Ikan Pari , Talapia , Mussel , Udang Harimau , Slipper Lobster , Lamb Chop , Chicken Patties , Beef Steak





Carving Station : Roasted Lamb Leg & Roast Duck




Gerai Aksi : Char Koey Teow , Mee Kari , Rojak , Satay (Ayam/Daging) , Italian Pasta , Sushi & Sashimi









Menu Oriental BBQ Bazaar anda boleh refer attachment dekat bawah nie :



For more info  anda boleh refer :

No Telefon : 04-222 9988

Harga : Jumaat dan Sabtu untuk dewasa RM100 nett
Warga Emas dan Kanak-Kanak : RM65 nett
Diskaun 10% untuk adult senior citizen 60 tahun dan keatas , 
kanak-kanak bawah 7 tahun makan PERCUMA 
15% untuk tetamu hotel



Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua , sekian beberapa lama Yana menyepi and now I'm back for another beauty sharing ♥ Okay , Yana sebenarnya baru dniscover mengenai Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion nie , katanya ia bertindak dua dalam satu .. Hm , macam mana tu ? Jom baca │Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion



As usual , tak kiralah sama ada produk skincare mahupun make up Yana akan test dekat diri Yana terlebih dahulu sebelum Yana share akan keberkesanannya kepada anda semua .. Sepertimana yang kita sedia maklum , Safi Balqis bukanlah satu nama baru lagi Yana sendiri dah guna produk Safi Balqis nie .. Kini , Safi Balqis tampil lagi dengan produk baru iaitu Oxywhite Whitening Hydrating Lotion .. 



Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion merupakan gabungan formulasi penyegar da pelembab dalam satu langkah untuk penjagaan  kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembappan yang optimum .. Safi Balqis Oxywhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak : 



  • memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan 
  • meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapaan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid "
  1. Macro Hyaluronic Acid
  2. Nano Hyaluronic Acid
  3. Bio-Hyaluronate
  4. Oligo-Hyaluronic Acid
  5. Super Nano Hyaluronic Acid


Oxywhite Whitening Hydrating Lotion dapat mencegah kulit daripada menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IROXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE .. Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar , bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna ..

Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai Oxywhite Whitening Hydrating Lotion , untuk info lanjut anda boleh refer link dekat  bawah :


Hadiahkan yang Tersayang dengan Dashing Semburan Deodoran + Wangian Badan untuk Lelaki

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua  , selama nie Yana asyik kongsikan mengenai produk kecantikkan dan barangan kaum hawa saja kan ? Good news untuk kaum adam , Yana ada satu produk menarik daripada Dashing yang Yana nak share dengan anda semua .. Jom baca │Hadiahkan yang Tersayang dengan Dashing Semburan Deodoran + Wangian Badan untuk Lelaki ♥




Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!



Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantera seorang lelaki.



Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.



Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi ..



DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasi:




·         HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.



·         ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.




·         SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.




·         HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.




DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.